ISI
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan
mendukung peranan yang tidak kurang pentingnya dalam pembangunan sesebuah
negara terutamanya bagi negara sedang membangun seperti Malaysia. Pendidikan
boleh dikatakan sebagai salah satu aspek yang amat penting dalam usaha menampilkan
rakyat Malaysia yang holistik, berketerampilan, berdaya saing serta berakhlak
mulia.
Dalam
usaha memajukan tahap pendidikan negara kita, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 telah diperkenalkan bagi memartabatkan sistem
pendidikan tinggi Malaysia dan menentukan hala tuju pendidikan tinggi negara sekali
gus menjayakan hasrat murni kerajaan dalam pembangunan negara iaitu Misi
Nasional dan juga Wawasan 2020. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
ini, lima aspirasi sistem pendidikan yang menitikberatkan akses, ekuiti,
kualiti, kecekapan dan juga perpaduan diyakini akan memacu transformasi negara terutamanya
dari segi pendidikan.
2.0 LITERASI MAKLUMAT
Menurut
Doyle C (1094), literasi maklumat ditakrifkan sebagai “kebolehan untuk
mengakses, menilai dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber. ” Secara
umum, literasi maklumat boleh diertikan sebagai suatu kemahiran yang digunakan
untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan
mencari dan memperoleh maklumat dalam apa jua format dan memanfaatkan maklumat tersebut
secara maksimum. Literasi maklumat juga merupakan keupayaan untuk mengakses dan
menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah
secara efektif.
Literasi
maklumat adalah amat penting memandangkan maklumat berperanan penting dalam
kehidupan manusia. Pelajar patutlah mengetahui cara yang teratur lagi tepat
untuk mengenalpasti maklumat yang relevan di samping belajar untuk menjadikan
sumber maklumat sebagai punca ilmu dan pembelajaran. Literasi maklumat boleh
dikatakan penting khasnya terhadap pelajar memandangkan pelajar dapat terlibat
secara langsung dengan sumber pembelajaran agar pembelajaran mereka lebih
menarik dan berkesan. Literasi maklumat turut memainkan peranan untuk melatih
pelajar memanfaatkan kemahiran belajar dan menghayati konsep pendidikan seumur
hidup pada hari muka.
3.0 THE BIG 6
The
Big 6 (Model enam Kemahiran Besar) merupakan satu model proses pembelajaran
melalui penyelesaian masalah yang dicipta oleh dua orang warga Amerika Syarikat
iaitu Mike Eisenberg dan Bob Berkowitz pada tahun 1987. The Big Six
merangkumi 6 aspek iaitu definisi tugasan, strategi pencarian maklumat,
pengenalpastian lokasi dan akses maklumat, penggunaan maklumat yang dikenalpasti,
penyusunan dan persembahan maklumat dan yang terakhir ialah penilaian produk
(blog) dan proses yang dilalui. The Big Six telah mendedahkan pelajar kepada
pelbagai sumber, teknik pencarian maklumat dan cara persembahan maklumat dalam
bentuk yang berkesan lagi menarik yang dapat digunakan bagi pembelajaran
sepanjang hayat.
3.1 DEFINISI TUGASAN
3.1.1 Rangka
keseluruhan proses menyelesaikan tugasan
Tajuk
tugasan ini terpulang kepada unit masing-masing. Oleh sebab unit R4 major dalam
kursus Bahasa Cina, maka tajuk tugasan unit kami terbuka kepada apa-apa tajuk
sahaja mengikut kehendak individu. Tajuk tugasan ini berkenaan dengan perayaan
masyarakat Cina. Maklumat yang perlu dalam menyempurnakan tugasan ini telah
ditunjukkan secara ringkas dalam bentuk peta minda dalam Rajah 1 di bawah.
Rajah 2 pula menunjukkan proses penyempurnaan tugasan dalam bentuk Gantt Chart.
Rajah 1 Peta Minda
Rajah 2 Gantt Chart
Pada
akhir tugasan ini, diharapkan bahawa produk yang akan dipersembahkan kepada
pensyarah adalah menarik, teratur, jelas dan juga terperinci. Panjang tugasan yang
diamanahkan haruslah lebih kurang 1500 patah perkataan dan perlulah
disempurnakan dalam tempoh 1 bulan serta dihantar kepada pensyarah pada 28 Ogos
2015.
3.1.2 Cara
dan idea persembahan tajuk tugasan dan blog
Tajuk
yang saya pilih ialah perayaan masyarakat Cina. Lantaran itu, saya telah
menggunakan kata kunci seperti ‘perayaan Cina’, ‘Tahun Baru Cina’ dan ‘kebudayaan
Cina’ untuk mengakses maklumat yang berkenaan. Soalan seperti ‘apa’, ‘mengapa’,
‘bila’, ‘bagaimana’, ‘di mana’ tentang perayaan Cina perlu saya jawab sewaktu
menyiapkan tugasan. Maklumat seperti gambar, video ataupun peta minda boleh
dicari untuk persembahan tugasan yang lebih menarik.
Cara
penulisan rujukan hendaklah mengikut format American
Psychological Association (APA). Cara penulisan rujukan ini boleh digunakan
secara meluas dan selaras baik untuk sumber buku, jurnal mahupun Internet.
3.2 STRATEGI
PENCARIAN MAKLUMAT
3.2.1 Sumber-sumber
yang boleh dirujuk
Sebelum
memulakan pencarian, pemahaman tentang perayaan-perayaan masyarakat Cina yang
sedia ada, asal-usul perayaan, cara perayaan diraikan, persiapan sebelum
perayaan, dan juga pelbagai aspek amalan perayaan masyarakat Cina. Bagi
mendapatkan maklumat yang terperinci lagi relevan dengan tajuk tugasan saya,
sumber-sumber seperti Internet, buku-buku, jurnal, majalah dan juga surat
khabar merupakan antara pilihan yang sedia ada dan sesuai untuk digunakan.
3.2.2 Pilihan
sumber yang lebih baik
Dalam
serba sumber pilihan tersebut, jenis sumber yang terbaik ialah Internet dan
juga buku-buku. Hal ini demikian kerana Internet dan juga buku-buku merupakan
sumber yang senang diperoleh dalam kehidupan seharian kita. Lazimnya, banyak
maklumat serta informasi yang tidak terdapat dalam Internet dapat kita peroleh
dari buku dan kebanyakan maklumat berada dalam bentuk yang teratur, jelas dan
telah dikemaskinikan. Bagi Internet, dengan adanya akses Internet, pelbagai
jenis maklumat sama ada dalam bentuk nota, gambar, video ataupun dalam bentuk
peta minda senang didapatkan dan senang untuk difahami. Kadang-kala kita boleh
memperoleh banyak maklumat dalam masa yang singkat untuk dimuaturunkan dan
disimpan sebagai fail PDF untuk kegunaan kelak dengan cepat, senang dan
mudah.
3.3 MENGENALPASTI
LOKASI DAN AKSES MAKLUMAT
Bagi
memperoleh maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan, saya telah
mencari buku-buku yang berkaitan dengan perayaan Cina, kebudayaan Cina atau
sejarah China yang terdapat dalam perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh. Saya telah meminjam buku-buku yang relevan serta dapat membantu dalam
penghasilan tugasan saya supaya senang untuk dirujuk apabila perlu. Namun
demikian, buku-buku yang telah saya pinjamkan merupakan buku Bahasa Cina. Untuk
menyempurnakan tugasan, penterjemahan maklumat yang telah saya peroleh kepada
Bahasa Melayu adalah diperlukan. Maklumat yang didapatkan dalam buku
semata-mata adalah tidak memadai. Oleh sebab itu, saya turut melayari Internet
untuk mengakses maklumat yang lebih lanjut bagi menyiapkan tugasan dengan lebih
menarik dan terperinci. Dalam tempoh masa seminggu, saya telah banyak mencari
maklumat yang berkenaan dan padat baik dari Internet mahupun dari buku-buku.
Pendekatan yang telah digunakan dalam pencarian buku ialah mengikut jenis dan
kategori buku. Selepas itu, isi kandungan ataupun pada seksyen bibliografi,
kata kunci yang berkenaan telah dicari dan kaitan dengan tajuk telah
dikenalpasti sebelum buku dipinjam sebagai rujukan. Bagi informasi dalam
Internet, kata-kata kunci telah digunakan dan maklumat yang diperoleh telah
saya bandingkan dan dimuaturunkan untuk memudahkan penggunaan.
3.4 PENGGUNAAN
MAKLUMAT YANG DIKENALPASTI
Maklumat
yang telah diperoleh serta dikenalpasti kaitannya dengan tajuk tugasan boleh
dikatakan agak padat dan terperinci memandangkan tempoh masa empat hari telah
digunakan untuk pengumpulannya. Ada maklumat dari sumber-sumber tersebut yang
memberikan penerangan yang agak jelas dan terperinci manakala ada yang lebih
mudah untuk pemahaman pada peringkat awal. Maklumat yang lebih senang untuk
difahami telah dipilih untuk pendedahan awal. Selepas saya dapat memahami
konsep keseluruhan, barulah saya memilih informasi yang lebih mendalam untuk
penghayatan bagi keperluan penyempurnaan tugasan dan persembahan blog yang
jelas lagi terperinci. Bagi mengeluarkan maklumat dari sumber, saya telah
membuat catatan tentang maklumat secara ringkas untuk mendapatkan idea utama.
Selain itu, sesetengah informasi telah dimuaturun dan dicetak untuk pembacaan. Maklumat
dari sumber yang dicari memang ada yang membekalkan kata kunci yang lain untuk
mendapatkan maklumat yang lebih lanjut seperti ‘adat istiadat Cina’ dan juga ‘amalan
masyarakat Cina’. Dengan berbekalkan berbagai-bagai maklumat yang padat,
relevan serta terperinci, saya telah merangka draf yang pertama bagi blog saya.
3.5 PENYUSUNAN
DAN PERSEMBAHAN MAKLUMAT
3.5.1 Proses
mengemaskini maklumat yang sedia ada
Dengan
berbekalkan maklumat yang diperoleh, dikenal pasti serta rangka keseluruhan,
yang perlu dilakukan ialah membahagikan maklumat kepada kategori yang berbeza.
Selepas maklumat dibahagikan, saya mulakan pengurusan dan kerja kemaskini agar
rangka kasar tentang tajuk dapat dihasilkan. Maklumat akan diteliti semula dan
diuruskan agar maklumat dapat disusun untuk membentuk perenggan sekali gus
menghasilkan sebuah artikel yang teratur lagi jelas. Dalam blog, pelbagai jenis
perayaan masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Kuih Bulan telah
diperkenalkan. Asal usul perayaan tersebut turut dimasukkan ke dalam blog bagi
pengetahuan pembaca. Selanjutnya, amalan-amalan serta tradisi yang diamalkan
sempena pelbagai perayaan turut dipersembahkan. Pantang larang sempena
sesetengah perayaan turut dibincangkan dalam blog. Warisan perayaan-perayaan
masyarakat Cina juga diperbualkan bagi menyedarkan generasi muda agar
meneruskan warisan budaya masyarakat Cina.
3.5.2 Langkah
memasukkan unsur-unsur menarik yang relevan
Dalam
mempersembahkan maklumat ke dalam blog, sekadar memasukkan teks memang
membosankan. Bagi memancing selera serta menarik perhatian pembaca, cara
persembahan yang istimewa seperti penggunaan unsur saspens ataupun kejutan
amatlah berkesan. Gambar ataupun video yang relevan lagi menarik turut penting
dalam persembahan maklumat. Lagu juga boleh disertakan dalam blog untuk
menenangkan hati pembaca sewaktu mengunjungi blog.
Bagi
memasukkan video ataupun lagu ke dalam blog, saya telah melayari laman web youtube untuk mempelajari cara
memasukkan media tersebut dan usaha saya turut membuahkan hasil.
3.6 PENILAIAN
PRODUK (BLOG) DAN PROSES YANG DILALUI
Selepas
selesai memuatnaikkan maklumat, kerja pemeriksaan tidak boleh diperleceh bagi
memastikan kualiti tugasan dan juga blog. Hal ini penting bagi memastikan
maklumat yang dipersembahkan relevan dengan soalan tugasan yang dikemukakan,
disusun dengan teratur dan betul serta tugasan yang disempurnakan dapat
menyelesaikan segala soalan yang sedia ada. Selepas pemeriksaan dibuat terhadap
tugasan dan blog, saya dapati bahawa terdapat sesetengah penggunaan bahasa
ataupun maklumat tidak begitu relevan ataupun berganda. Saya telah
mengubahsuaikan bahagian yang tidak begitu memuaskan dan memastikan penulisan
disokong dengan bukti dan penerangan yang kukuh. Rujukan yang digunakan telah
saya catatkan sama ada dalam blogataupun dalam tugasan. Dengan ini, barulah
segala usaha yang dicurahkan sebelum ini berbaloi.
4.0 RUMUSAN
Sesungguhnya,
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap semua pihak yang
telah menghulurkan bantuan serta memberikan sokongan kepada saya dalam proses
menyempurnakan tugasan dan blog ini. Saya ingin berterima kasih kepada
pensyarah tugasan unit kita, iaitu Tuan Wan Mazlan Wan Rashdi kerana banyak
memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kita dalam menyiapkan tugasan ini secara
tepat, sistematik lagi berkesan. Jika ditinjau dari sudut lain, The Big Six
memang banyak membantu kita dalam menghasilkan tugasan secara teratur,
sistematik dan berkesan. Penggunaan kemahiran The Big Six mempercepatkan proses
mencari, mengemaskini serta menyusun maklumat yang tepat di samping menjadi
panduan semasa kita kehilangan hala tuju dalam menyiapkan tugasan. Lebih-lebih
lagi, dalam proses menyiapkan tugasan, telah saya dapati bahawa kerja perlulah
dimulakan sejak awal lagi dan perlu diselesaikan secara beransur-ansur.
Pembahagian masa juga tidak boleh dikesampingkan memandangkan kita perlu
menyiapkan banyak tugasan termasuklah tugasan ini dalam tempoh masa yang
singkat.
Tugasan
ini memang banyak menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman saya. Sekali lagi,
ingin saya sampaikan ribuan terima kasih atas peluang yang disediakan pensyarah
dan juga IPG Kampus Ipoh untuk kita. Diharapkan bahawa kita masih berpeluang
untuk diamanahkan projek tugasan seperti ini pada hari muka.
RUJUKAN
BAHAN INTERNET
Wikipedia.
(2015, Julai 13). Wikipedia. Retrieved
Julai 31, 2015, from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
Wikipedia.
(2015, Februari 11). Wikipedia. Retrieved
August 1, 2015, from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Kuih_Bulan
Wikipedia.
(2015, April 6). Wikipedia. Retrieved
August 2, 2015, from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Duan_Wu
Wikipedia.
(2014, Ogos 23). Wikipedia. Retrieved
August 3, 2015, from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Qingming
Wikipedia.
(2013, April 8). Wikipedia. Retrieved
August 3, 2015, from: https://ms.wikipedia.org/wiki/Qi_Xi
Blogger.
(2009, Mac 26). Blogger. Retrieved
Julai 31, 2015, from: http://perayaancina.blogspot.com/
Utusan Online
(2012, September 19). Retrieved August 1, 2015, from:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120919/re_08/Antara-sejarah-mitos-perayaan-Kuih-Bulan
Hazlinda
Hamzah (2011). Kosmo! Retrieved Julai 31, 2015, from:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
BUKU-BUKU
Abdul Aziz bin Abdul Rahman (2008). Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
tingkatan 3. Percetakan Rina Sdn. Bhd.
Zaid Ahmad…[et
al.] (2010). Buku Teks Hubungan Etnik di
Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Lee Su Kim
(1998). Malaysia Flavours : Insights into
things Malaysian. Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.
Chew Fong Peng
(2009). Culture, Language and Literature
in Malaysian Society : Plural Culture and Society in Malaysia. National
Department for Culture and Arts.
No comments:
Post a Comment