Wednesday, 2 September 2015

Selamat Berkunjung Ke Blog Saya

Selamat Berkunjung Ke Blog Saya!!!

Dalam blog ini:

~ Ilmu pengetahuan atau maklumat akan dikongsikan 

~ Sesiapa sahaja bebas untuk mengemukakan pendapat, cadangan ataupun idea terhadap persembahan maklumat ataupun kelemahan blog ini

~ Semoga semua dapat berseronok sewaktu mengunjungi blog ini 

Sekian, terima kasih.  

Friday, 28 August 2015

Simbol Tradisi Perayaan Tahun Baru Cina

      
     Perayaan Tahun Baru Cina merupakan permulaan tahun yang baru bagi kalendar masyarakat Cina. Perayaan ini turut menandakan satu titik permulaan bagi kehidupan dan juga nasib seseorang. Masyarakat Cina akan mengutip atau membayar segala hutang-piutang sebelum ketibaan hari perayaan. Mereka turut akan meluangkan masa untuk membersihkan, mengemas serta menghiaskan rumah mereka dengan perhiasan yang beraneka jenis.


 Perhiasan

Kuplet Merah sebagai hiasan di pintu rumah.

Mereka menghiaskan rumah untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Kedai-kedai turut menjual pelbagai jenis perhiasan yang cantik menjelang Tahun Baru Cina. 


Simbol Tradisi Perayaan Tahun Baru Cina


Simbol-simbol tradisi perayaan Tahun Baru Cina terdapat warna merah, tanglung, mercun, limau mandarin, kuih 'Nian', ang pau dan pakaian tradisional cina seperti samfoo dan cheongsam.


Ang pau

Tanglung


Mercun

Kuih 'Nian'

Limau Mandarin

Pakaian Samfoo



Pakaian Cheongsam


Perayaan yang melambangkan permulaan  musim bunga di China juga permulaan bulan yang baru dan zodiak yang baru. Secara umum, terdapat 12 ekor binatang-binatang tertentu yang dijadikan sebagai lambang tahunan kepada masyarakat Cina. 

Binatang-binatang tersebut telah disusun mengikut turutan iaitu : 

- Tikus
- Lembu
- Harimau
- Arnab 
- Naga 
- Ular
- Kuda
- Kambing 
- Monyet 
- Ayam 
- Anjing
- Khinzir. 




Menurut kata orang dulu, sesiapa yang lahir dalam tahun-tahun binatang yang berbeza akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.









Sumber :  http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5745-sambutan-tahun-baru-cina.html


Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web : http://www.wartainfo.com/2015/02/makna-9-tradisi-unik-perayaan-imlek.html



Wednesday, 26 August 2015

Adat dan Amalan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina


Malam Tahun Baru Cina

Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, semua sanak saudara sama ada mereka yang tinggal berjauhan ataupun mereka yang tinggal berdekatan akan berkumpul di rumah ibu bapa mereka untuk upacara makan besar. Upacara ini menandakan ‘tuan yuan’ yang bermaksud berkumpulnya semua ahli keluarga untuk mengeratkan silaturahim selepas berpisah sekian lama. Adat ini dapat memperlihatkan sifat masyarakat Cina yang tidak lupa akan asal usul di samping menampakkan ketaatan anak-anak terhadap ibu bapa. Lazimnya, hidangan makan malam sebelum Tahun Baru Cina termasuk itik panggang, khinzir, tiram berkicap,ikan dan sayur-sayuran yang dimakan bersama arak.





Selepas upacara makan berakhir, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shou sui’. 

Menurut generasi yang lebih tua, mereka mempercayai bahawa upacara ini akan memanjangkan umur seseorang. 

Bagi generasi yang lebih tua, malam sebelum Tahun Baru Cina akan diluangkan dengan bermain ‘mahjong’ sebagai sejenis hiburan untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. 

Tepat pada waktu tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, melambangkan bermulanya sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang meriah lagi ceria.






Semasa Perayaan Tahun Baru Cina

Pada hari pertama bagi perayaan Tahun Baru Cina, semua masyarakat akan memakai pakaian baru yang berwarna merah dan mengunjungi saudara mara dengan membawa buah tangan seperti limau mandarin yang melambangkan nasib yang baik atau kebahagiaan untuk dihadiahkan kepada saudara mara sebagai suatu restu.





Masyarakat Cina akan mengucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ semasa terserempak dengan saudara mara ataupun masyarakat Cina yang lain. Ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ membawa maksud ‘semoga tahun ini akan membawa segala kebaikan’. 





Ang pau’ juga akan diberikan kepada kanak-kanak ataupun kepada mereka yang masih bujang oleh orang yang telah berkeluarga. Tradisi ini membawa makna memberi nasib baik kepada kanak-kanak untuk menjalani kehidupan yang baik. 

Bagi mereka yang masih belum berkahwin, pemberian 'ang pau' merupakan sejenis tradisi untuk memberi nasib baik ataupun kebahagiaan kepada mereka supaya menemui teman hidupnya untuk membina keluarga sendiri yang bahagia.





Tarian singa dan juga tarian naga yang menarik turut dipersembahkan dengan iringan bunyi gendang yang menggetarkan jiwa bersertakan peralatan muzik yang lain. Tarian singa juga boleh dibahagikan kepada tarian singa selatan dan juga tarian singa utara. 


 Tarian Singa

Tarian Naga

Penggabungan Tarian Singa Selatan dan Tarian Singa Utara

Jamuan yee sang dan kuih bakul turut tidak boleh dikecualikan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Semua ahli keluarga akan duduk bersama di sebuah meja besar yang berbentuk bulat pada waktu makan besar. Meja yang berbentuk bulat membawa maksud 'tuan yuan', iaitu sekeluarga berkumpul bersama. 




Makan Besar

Yee Sang

Makanan tradisi seperti daging itik, ikan, daging salai, limau mandarin, kuih bakul dan juga pelbagai juadah dan hidangan yang enak akan disajikan bagi meraikan sambutan yang besar lagi menggembirakan.

Limau Mandarin

 Daging Salai dan Kuih Bakul

Juadah


Tanda Penutupan Sambutan Tahun Baru Cina

Seperti yang kita maklumi, sama ada sesuatu kegiatan ataupun perkara, adanya permulaan menandakan tentu ada penghujungnya. Masyarakat Cina telah menetapkan hari kelima belas sebagai penghujung bagi perayaan Tahun Baru Cina. Hari ini juga disebut 'Chap Goh Mei' yang membawa makna hari kelima belas dalam perkataan Bahasa Cina.     

Hari 'Chap Goh Mei' jatuh pada hari kelima belas dalam bulan pertama Imlek Cina.Hari itu juga merupakan hari terakhir bulan penuh akan muncul dalam bulan tersebut. Hari itu turut dipanggil 'Pesta Tanglung' memandangkan lampu-lampu berwarna-warni yang beraneka jenis serta bentuknya akan dinyalakan pada malam hari itu. 





Amalan menyalakan lampu-lampu pada Hari 'Chap Goh Mei' berkait rapat dengan sejarah negara China. 

Pada tahun 180 sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Liu Heng, iaitu Maharaja Dinasti Han telah berjaya menggagalkan gerakan penderhakaan pada hari kelima belas bulan pertama dalam Imlek Cina. 

Bagi merayakan kejayaan dalam membanteras kuasa penderhakaan, Maharaja Liu Heng telah mengarahkan agar memasang serta menyalakan lampu-lampu di seluruh negaranya pada malam itu. Semenjak itu, pada hari kelima belas bulan pertama dalam Imlek Cina, amalan menyalakan lampu-lampu di tepi jalan telah diteruskan dan diwarisi sehingga hari ini. 







Dulu, lampu-lampu diperbuat daripada kertas berwarna-warni serta mempunyai pelbagai jenis bentuk. 

Kini, dengan teknologi yang canggih lagi moden, pembuatan lampu-lampu telah dinaiktarafkan. Kawalan sama ada dari segi bunyi ataupun cahaya turut digunakan dalam penghasilan lampu-lampu yang menarik lagi pelbagai kegunaannya.






Sumber :  http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5745-sambutan-tahun-baru-cina.html


Sejarah Tahun Baru Cina


Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, terdapat seekor raksasa yang bernama ‘Nian’ telah mencetuskan huru-hara di China. Raksasa 'Nian' yang dipercayai tinggal di dasar laut hanya akan muncul di daratan untuk menyerang manusia menjelang musim bunga setiap tahun. Kemunculan 'Nian' telah mengakibatkan masyarakat Cina sentiasa hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.
      


     Untuk mengelakkan raksasa tersebut daripada terus mengganggu kesejahteraan penduduk, mereka telah mengikhtiarkan pelbagai jalan penyelesaian untuk mengusir raksasa tersebut. Mereka mendapati bahawa 'Nian' takut akan apa-apa sahaja benda yang berwarna merah dan juga bunyi yang kuat dan bising.


Terdapat satu ungkapan menyambut perayaan Tahun Baru Cina yakni 'guo nian' membawa erti merempuh raksasa 'Nian'.  



         Dengan ini, mereka berjaya menakutkan raksasa tersebut dengan cara menghiaskan rumah mereka dengan perhiasan serba merah seperti tanglung dan kuplet merah di samping meletupkan mercun, membakar bunga api serta tarian singa yang diiringi gendang dan gong kuat pada waktu siang dan malam. Hal ini demikian supaya mereka dapat menghindarkan raksasa tersebut daripada kembali untuk menjejaskan keharmonian kehidupan rakyat.




        Amalan tersebut telah diwarisi dan diamalkan secara turun temurun semenjak kejadian raksasa itu dan masyarakat Cina dapat tinggal dalam keadaan yang aman lagi sejahtera. Kini, amalan tersebut telah menjadi tradisi masyarakat Cina sempena perayaan Tahun Baru Cina dan akan terus diamalkan dari satu generasi ke generasi yang berikut. 







Sumber : 
 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5745-sambutan-tahun-baru-cina.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Nian