Wednesday, 26 August 2015

Sejarah Tahun Baru Cina


Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, terdapat seekor raksasa yang bernama ‘Nian’ telah mencetuskan huru-hara di China. Raksasa 'Nian' yang dipercayai tinggal di dasar laut hanya akan muncul di daratan untuk menyerang manusia menjelang musim bunga setiap tahun. Kemunculan 'Nian' telah mengakibatkan masyarakat Cina sentiasa hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.
      


     Untuk mengelakkan raksasa tersebut daripada terus mengganggu kesejahteraan penduduk, mereka telah mengikhtiarkan pelbagai jalan penyelesaian untuk mengusir raksasa tersebut. Mereka mendapati bahawa 'Nian' takut akan apa-apa sahaja benda yang berwarna merah dan juga bunyi yang kuat dan bising.


Terdapat satu ungkapan menyambut perayaan Tahun Baru Cina yakni 'guo nian' membawa erti merempuh raksasa 'Nian'.  



         Dengan ini, mereka berjaya menakutkan raksasa tersebut dengan cara menghiaskan rumah mereka dengan perhiasan serba merah seperti tanglung dan kuplet merah di samping meletupkan mercun, membakar bunga api serta tarian singa yang diiringi gendang dan gong kuat pada waktu siang dan malam. Hal ini demikian supaya mereka dapat menghindarkan raksasa tersebut daripada kembali untuk menjejaskan keharmonian kehidupan rakyat.




        Amalan tersebut telah diwarisi dan diamalkan secara turun temurun semenjak kejadian raksasa itu dan masyarakat Cina dapat tinggal dalam keadaan yang aman lagi sejahtera. Kini, amalan tersebut telah menjadi tradisi masyarakat Cina sempena perayaan Tahun Baru Cina dan akan terus diamalkan dari satu generasi ke generasi yang berikut. 







Sumber : 
 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5745-sambutan-tahun-baru-cina.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Nian





No comments:

Post a Comment